selamat datang ke blog kanak-kanak ribena . kami bukan duta ribena juga bukan ketagih ribena . tapi kami 3 orang gadis biase yang berperangai luar biasa !inilah pengalaman kami sepanjang bersahabat .ingin menderma ? meh klik heartbeat kami di bawah ni . hehe . sempat promote ni

Wednesday 25 May 2011

akhirnye blog ni siap diedit -ORKED

yeay .. akhirnye setelah 1 hari aku berhempas pulas . siap jugak blog ni ..walaupon x de shoutbox lagi . yg ni tugasan MELATI pulak . MELATI sila buat shoutbox pulak ae .. hehe . ORKED dah nak balik kampus . cuti semester aku dah habis .

daftar di Melaka untuk semester 3 pada hari sabtu ni bersamaan 28/5/2011 . ORKED dah jadi senior nampaknyer . aku terase tua . tahun depan umur dah masok PULUHAN . bkn belasan lagi .

insyaallah pada hari jumaat ni orked & aggerik akan berjumpe di sekolah yg membawa 1001 kenangan . nampaknyer melati tidak dapat menyertai kami . sayangnye. beliau sedang berjuang di dewan peperiksaan . good luck melati !

aku sedang bersemangat untuk mulakan kuliah . UiTM Melaka . im coming ! ..



"good luck orked"

Tuesday 24 May 2011

penderitaan seorang sahabat -MELATI-

baru2 ini, aku dikejutkan dengan berita bahawa, sahabat lelaki ku yang paling aku rapat, sedang krtikal di hospital kini,, aku sangat sedih kerana telah hampir 2 bulan, ALLAH menarik nikmat penglihatannya,, dia dulu seorang yang sangat aktif, namun dalam keadaan yang sekarang ini, dia sangat memerlukan sokongan dan dorongan yang sangat padu daripada ahli keluarga dan sahabat2 terapatnya,, aku baru sahaja mengetahui berita ini dalam masa 3 hari ini,,

               pada awalnya, seorang sahabat ku yang perempuan yg inform kat aku, bila ak dengan berita tu, aku macam x percaya,, aku sangat terkejut !! aku sayang sangat kat dia,, aku x sabar nak balik negeriku semula,,aku nak pergi jaga dia, lawat dia, nak sembang lebih lanjut dengan dia,, setiap malam, dalam lingkungan pkul 9-11 malam, aku akan menelefon dia (setakat 3 ari ni la) ,, selalunya, dia akan menyuruh aku letak phone, dia akan telefon semua aku,, dia kate, kredit dia banyak, aku sangat terharu,,,

                    semenjak aku tahu dia terlantar di hospital, aku semakin rapat dengan dia, setiap hari, ak x sabar nak tggu malam untuk mennuggu waktu bersembang dengan nya,, dalam telefon, suara dia sangat tabah :'(aku selalu x dapat kawal emosi bila dengar suara dia yang cuba acting tabah tu,, setiap malam, dia akan tanya aku apa aktiviti aku sepanjang satu hari tu,, dan,dia slalu cakap dengan aku, jangan nagis, sebab, aku perlu tabah daripada dia, kalau aku nagis, sape nak tabahkan dia,, :'( aku selalu kena acting kuat,, buat2 ceria bila cakap dengan dia,,

                   tadi,, kebetulan aku ada mseyuarat,, aku x sempat call dia, sampai pukul 11 lebih malam x abes lagi meeting,,aku ade cuba buat miscall,, tapi, wktu tu aku rase dia dah tido,, xlame lepas tu, aku nampak dia call,,dia kate, dia terjaga sebab nurse suntik ubat kat dia :'( aku lagi sedih bila dia kate, xde sape2 temankan dia kat hospital,, mak ayah dia kerja,, dia anak sulung,,  waktu dia call  tu aku tgah msyuarat, tapi, ak tetap pentingkan dia,, sebab, dia kawan baik aku , ahli mesyuarat ak pon paham ak mintak diri waktu tu :'( sekarang ni, dia slalu cerita setiap apa yang dia buat pada ari tu,, dia x dapat nak tgok apa2,, dia cuma boleh nampak cahaya2 yang terang, sebab tu, nama aku, adalah num 1 dalam history call dia, dia hanya perlu menekan butang hijau untuk telefon aku,,

                    aku masih ingat, pada awal aku tahu tntag keadaanya itu, dalam telefon waktu bercakap dengan dia, ak x sengaja menangis,, cara dia cuba acting tabah tu, buat aku rasa yg dia sebenarnya tengah terseksa,, dia kate, tiap ari, dia kena suntik ubat !! aku x sabar nak abes exam, aku nak pergi rumah dia ! aku sayang dia sangat2,, sahabat yang sangat penting dalam hidup aku,,

                    aku sanggup call dia tiap malam untuk tanye khabar dia, dan aku cukup gembira bila dia gembira dengar cerita2 aku, setiap aktiviti yg aku buat, aku laporkan kat dia,, semua subject yg aku amek pon, dia tanya,, aku sangat berharap, dia akan sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa, dan, aku harap, bila dia dah sembuh nanti, walaupun dia dah x rapat lagi dengan aku, cukuplah sekadar dia gembira,, apa yang penting, dia dapat semula kehidupan dia yang biasa,,,

    HARGAILAH NIKMAT YANG DIBERI,, DAN JANGAN TERKEJUT APABILA NIKMAT ITU DENGAN SEKELIP MATA DITARIK SEMULA,, INGAT SIAPA PENCIPTA KITA ^^

kamilah kanak-kanak ribena .

sekadar ingin membuat pengenalan tentang blog yang mempunyai 3 orang admin.



+ORKED+
+ANGGERIK+
+MELATI+

kami merupakan 3 orang sahabat berjantina perempuan yang dipertemukan di bumi sekolah menengah.kami mula rapat selepas bersama-sama memasuki kawad kaki sebuah badan beruniform.bersyukur kerana telah diberi nafas sehingga ke hari ini untuk meneruskan persahabatan kami. walaupun masing-masing telah membawa arah sendiri.

+ANGGERIK+
seorang yang sangat "cool".seorang yang mempunyai aset bulu mata lentik nya.mempunyai rupa yang agak memikat.sekarang telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang sains fizikal.

+MELATI+
seorang yang sangat humor.sangat pandai mengambil hati rakan-rakan dengan lawak spontannya.popular juga semasa di sekolah menengah.sangat cute.penyayang juga orangnya,,,LATAR BELAKANGNYA DIRAHSIAKAN,, kerana dia seorang yang agak perahsia kini..

+ORKED+
sangat suka membaca novel.sejarah adalah matapelajaran kegemarannya.boleh tahan cun juga..*eheehe* .sedang melanjutkan pelajaran di UiTM Melaka dalam jurusan pengurusan bank.bercita-cita bekerja di bank negara Malaysia.

itulah serba sedikit tentang kami.bersepakat membina blog ini untuk menceritakan tentang pengalaman hidup sehinggalah kami sudah berkahwin & beranak- pinak..*ceh..ahahaha*

segala yang tertulis di sini adalah yang benar & lahir dari hati setiap orang daripada kami.kami akan mencatatkan segala yang berlaku di kampus masing-masing kerana mengetahui bahawa kami amat sibuk untuk berjumpa setiap minggu & berkongsi cerita.jadi, muncullah blog ini.